Dalam membincangkan konsep ruang, aspek hiasan juga elemen paling penting kerana ia berperanan menghidupkan suasana semula jadi di taman.
Tanpa hiasan, sesebuah taman kurang menyerlah kerana kehadiran elemen hiasan memperkukuhkan konsep diterapkan.
Dalam taman Inggeris misalnya, perlu ada kerusi putih atau berasaskan bahan semula jadi seperti rotan.
Begitu juga dengan taman Bali yang memperlihatkan pokok tropika sebagai asas pembentukannya selain elemen air.
Taman Bali memerlukan pembentukan kolam, tempayan atau pasu besar pada persekitaran taman yang diserikan pelbagai tumbuhan air. Dari segi hiasan taman, ia membabitkan kepelbagaian bahan semula jadi termasuk batang kayu, kayu hanyut atau batu-batuan sungai.
Selain perabot, rumah burung juga boleh dijadikan hiasan taman yang menarik dan pastinya ia mengingatkan kita dengan kenangan silam ketika di kampung.
Pelbagai reka bentuk dan ketinggian boleh ditempah di pasaran mengikut cita rasa masing-masing. Anda yang berminat membela binatang peliharaan boleh memilih sangkar jenis diletakkan atas tanah.
Sementara itu, kuda hiasan menjadi pilihan bagi yang memilih taman berkonsepkan kedesaan.
Ia bukan sekadar menjadi penyeri taman, tetapi permainan kanak-kanak ketika bersantai.
Bagi kediaman yang luas, kehadiran set kerusi dan meja taman penting untuk menjadi tempat bersantai atau meraikan tetamu ketika majlis dalam taman.
Beri perhatian juga pada ruang santai itu dan tidak salah jika anda mencuba kelainan dengan menampilkan dekorasi indah bagaikan dalam kediaman.
Di set kerusi dan meja taman itu menarik jika diletak gubahan bunga segar yang ringkas selain kehadiran bantal hiasan pada kerusinya.
Hakikatnya hiasan taman tidak terhad dan bergantung kepada kreativiti anda dan reka letak sesuai mampu mewujudkan kelainan di taman anda.
Pastikan elemen hiasan itu bercirikan keselamatan atau praktikal digunakan supaya ia tidak menyusahkan anda ketika di taman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan